Individu Hina Sultan Johor Jadi Calon DAP dalam PRU 14 ???


Mungkin ramai yang tidak kenal siapa Satees Muniandy, calon DAP Bagan Dalam. Namun kami sebagai masyarakat Melayu di Pulau Pinang amat kenal dengan insan kurang ajar ini yang pernah memuat naik satu status dilaman sosial Facebook beliau meminta Sultan Johor supaya 'sedar diri' dengan kuasa undang-undang yang didakwanya melebihi kuasa Raja Melayu

Satees Muniandy yang merupakan Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, P.Ramasamy, juga mahu Sultan Johor agar jangan menghalang rakyat mengadakan demonstrasi.


Selain itu, ahli DAP tersebut juga memberi amaran kepada Sultan Johor agar jangan melampaui batas dengan membuat undang-undang sendiri yang disifatkannya sebagai melangkaui kuasa Raja.

Perbuatan individu berkenaan jelas sekali bertentangan dengan adab rakyat dan boleh disifatkan sebagai menderhaka kepada institusi DiRaja yang jelas termaktub dalam Perlembagaan negara ini.

Ahli DAP tersebut juga terbukti mahu menghasut rakyat Malaysia apabila memuatnaik status berkenaan yang jelas bertujuan menghina Sultan Johor dan mempertikaikan kuasa Institusi DiRaja.


Melihat kepada sikap biadap dan kurang ajar Satees Muniandy terhadap institusi Diraja yang menjadi tonggak serta payung Agama Islam di negara ini dihina sebegitu rupa oleh Satees Muniandy, adalah menjadi tanggungjawab kita orang Melayu Bagan Dalam untuk menolak Satees Muniandy para PRU kali ni.

Jika beliau terus diberi kuasa, mungkin selepas ini macam - macam lagi hinaan akan dilemparkan ke institusi kesultanan Melayu negara ini.

MIC Johor buat laporan Polis - http://www.kualalumpurpost.net/mic-johor-kecewa-dengan-tindakan-satees-muniandy-menghina-sultan-johor-asojan/
Laporan Polis yang dibuat -- http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/11/07/laporan-polis-hina-sultan-johor/
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik